Presiden Jerman Beri Komitmen Memelihara Keamanan Israel

Presiden Jerman Christian Wulff (kiri di Yad Vashem (Foto: AFP)

BAITULMUQADDIS , 29 Nov – Presiden Jerman Christian Wulff memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Israel pada Ahad (28/11) semenjak menjawat jawatan tersebut. Beliau disambut dengan upacara rasmi yang diadakan di kediaman Presiden Israel di Baitulmuqaddis, di mana beliau bertemu dengan Presiden Shimon Peres, yang kemudian mengiringinya mengunjungi muzium Holocaust Yad Vashem.

Wulff, Presiden pertama Jerman sejak selepas Perang Dunia II, meletakkan karangan bunga di Yad Vashem untuk mengenang korban Holocaust, menjanjikan negaranya selamanya akan berjuang untuk memelihara keselamatan Israel.

Wulff baru sahaja menjawat sebagai Presiden Jerman hanya beberapa bulan yang lalu. Kunjungan beliau ke Israel adalah lawatan rasmi pertamanya ke luar Kesatuan Eropah.

Menurut Wulff, Jerman melihat dirinya sebagai negara yang bertanggungjawab untuk memastikan kewujudan dan keselamatan Israel, dan rasa tanggungjawab ini harus diwariskan dari generasi ke generasi.

Mengenai masalah politik, Wulff mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan Peres bahawa cara terbaik untuk memastikan keselamatan Israel dalam jangka panjang adalah melalui proses perdamaian yang adil di daerah tersebut, berdasarkan prinsip dua-negara dengan sempadan aman dan pasti.
Wulff berjanji untuk membincangkan masalah tersebut dengan Ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin Abu Mazen, selama kunjungannya ke Bethlehem minggu ini selepas tinggal di Israel. (ynet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts