Puluhan cedera diserang tentera Zionis dalam perhimpunan malam GRM

GAZA, 12 Feb 2019 — Puluhan pemuda Palestin cedera diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan malam Great Return March (GRM) di sempadan timur Gaza malam tadi.

Penduduk Gaza berhimpun di kawasan sempadan dengan membakar tayar buat dua hari berturut-turut, setelah perhimpunan GRM waktu malam ditangguhkan sejak bulan November lalu.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, menyebabkan ramai yang cedera sesak nafas. Mangsa-mangsa dirawat di tempat kejadian.

Perhimpunan GRM waktu malam dihentikan November lalu selepas rejim Zionis berjanji akan melonggarkan sekatan ke atas Gaza, dengan meluaskan zon menangkap ikan, membenarkan kemasukan bantuan kewangan dari Qatar, serta beberapa kemudahan lain. Wilayah Gaza disekat dari dunia luar sejak lebih 13 tahun lalu.

Perhimpuan waktu malam bertujuan untuk mengelirukan tentera Zionis yang berkawal di kawasan pagar sempadan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts