Puluhan lagi ditangkap, perintah berkurung dikenakan di 2 kampung di Tebing Barat

Tebing Barat, 26 Mac 2009 – Tentera pengganas Zionis Israel menangkap sebelas orang penduduk Palestin dari kem-kem pelarian di Nablus dan daerah Tobas. Tujuh orang pemuda di kem pelarian Balata dan Asker, di timur Nablus, ditangkap awal pagi Khamis selepas rumah mereka digeledah.

Tentera Zionis juga mengenakan perintah berkurung ke atas perkampungan Akaba di daerah Tobas dan menangkap 4 orang penduduk di kawasan tersebut.

Menurut laporan agensi berita Ramattan, tentera pengganas Zionis memasuki perkampungan tersebut dengan kenderaan lengkap bersenjata dan anjing tentera sebelum subuh. Tembakan peluru hidup dan bom api menyusuli kemasukan tentera tersebut.

Perintah berkurung juga dikenakan ke atas perkampungan Hares di utara daerah Salfit. Saksi-saksi mendakwa tentera Israel telah menangkap seramai 150 kanak-kanak lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun. Mereka dibawa untuk soal-siasat dalam keadaan kepala ditutup dengan karung kertas. Tentera pengganas Zionis dilaporkan menggunakan bangunan sekolah menengah di kampung tersebut sebagai pusat soal-siasat.

Pada hari yang sama, tentera pengganas Zionis Israel telah menutup jalan masuk ke kampung Madma di selatan Nablus. Tidak ada alasan diberikan atas tindakan mereka tersebut. [Sumber berita Ramattan & PIC]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts