BAITULMAQDIS, 6 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis mengiringi puluhan aktivis pelampau wanita Yahudi dari kumpulan “Women for Temple” menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang kononnya pernah berdiri di situ.

Pada masa yang sama, polis Zionis menyekat Muslimat Palestin di pintu-pintu masuk utama masjid.

Semalam, Menteri Pertanian Zionis Uri Areil bersama gerombolan 93 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci dan berarak secara provokasi terhadap para jemaah.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE