Puluhan pendatang dan pelajar Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Jan 2019 — Jabatan Wakaf melaporkan seramai 57 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka diiring berarak bersama rabai, sambil mendengar syarahan tentang Kuil Haikal yang didakwa kononnya pernah berdiri di atas tapak suci itu.

Sementara itu, seramai 20 pelajar agama Yahudi turut diiring oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk dan berarak di perkarangan masjid.

Polis Zionis membawa Yahudi, termasuk pendatang, pelajar dan pegawai rejim, menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts