Puluhan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 Mac 2019 — Segerombolan 69 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dan berarak ke kawasan Bab al-Rahma dengan diiring oleh pasukan polis pagi tadi.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareba dalam dua sesi setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu.

Pintu al-Maghareba merupakan satu-satunya pintu yang dikawal penuh oleh rejim Zionis, sejak tahun 1967. Pendatang Yahudi akan menceroboh masuk melalui pintu tersebut, yang akan ditutup semula sekitar jam 10:30 pagi selepas para penceroboh beredar keluar. Ia akan dibuka sekali lagi selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts