Puluhan pendatang Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 27 Jun 2019 — Puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Mereka dikawal masuk dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu dalam gerombolan berbeza. Polis Zionis menutup pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi selepas para penceroboh keluar dari kawasan masjid, dan membukanya semula untuk pencerobohan selepas para jemaah selesai solat Zuhur.

Pintu al-Maghareba dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis sejak tahun 1967. Ia menjadi laluan utama pendatang dan pelancong Yahudi menceroboh masuk, sedangkan orang Islam tidak dibenarkan melaluinya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts