Puluhan penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di utara al-Quds

AL-QUDS, 14 Dis 2016 (PIC) — Pertempuran sengit tercetus di pos tentera Zionis berdekatan kem pelarian Shafaat dan perkampungan Hazma di utara al-Quds malam tadi, apabila tentera menyerbu masuk kem Shafaat bagi tujuan latihan.

Kumpulan pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu dan bom Molotov.

Dua orang pemuda cedera ditembak dengan peluru bersalut getah manakala puluhan yang lain menjadi mangsa serangan gas pemedih mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts