NABLUS, 25 Ogos 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis pagi tadi memusnahkan puluhan pohon zaitun di kedua-dua belah jalan utama perkampungan Huwwara di selatan Nablus atas alasan ianya digunakan oleh penduduk Palestin berselindung ketika membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi.
Pohon zaitun, yang sering dicabut atau ditebang oleh tentera Zionis atau pendatang Yahudi, merupakan sumber pendapatan utama kepada lebih 100,000 keluarga Palestin di Tebing Barat. 40% daripada tanah pertanian di Tebing Barat dan Gaza ditanam dengan pohon zaitun.