Puluhan ribu mengerjakan solat Jumaat di al-Aqsa

AL-QUDS, 4 Nov 2016 (PIC) — Puluhan ribu penduduk Palestin berjaya masuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa sungguhpun pergerakan mereka dihalang dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Zionis.

Pasukan keselamatan Zionis memasang sekatan jalan di sekitar kawasan masjid suci itu, di mana para jemaah diperiksa dengan rapi.

Khatib al-Aqsa Sheikh Mohamed Hussein dalam khutbahnya antara lain menyebut, “Pertembungan di antara kebenaran dan kebatilan adalah suatu yang berterusan. Penduduk Palestin harus berdiri teguh di saat yang kritikal ini, demi menjaga tapak-tapak suci mereka.”

Seramai 239 penduduk Gaza dibenarkan melintasi pintu sempadan di Beit Hanoun untuk menuju ke al-Aqsa.

Kehadiran begitu ramai para jemaah bukan sahaja menzahirkan ikatan mereka dengan Masjid al-Aqsa, bahkan dapat menghidupkan aktiviti ekonomi di situ yang ditindas oleh pihak rejim.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts