Puluhan Tercedera Dalam Demonstrasi Di Tebing Barat

eyadhamadTebing Barat, 15 Ogos 2014 (PNN) — Penduduk Palestin mengadakan demonstrasi di seluruh wilayah Tebing Barat dan Al-Quds bagi menyokong perjuangan menentang kejahatan rejim Zionis dan solidariti bersama rakyat Gaza.

Di Hebron, perarakan diadakan sejurus selepas solat Jumaat. Beberapa ketika selepas bermulanya perarakan, mereka dihalang dan bertempur dengan tentera Zionis. Sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin tercedera, di mana 10 daripada mereka ditembak dengan peluru hidup. Pertempuran dilaporkan masih berterusan di Bab al-Zawyah di tengah Hebron.

Tentera Zionis juga dilaporkan menembak peluru getah ke arah jurukamera TV al-Mayadeen dan menangkap jurukamera Associated Press, Iyad Hamad. Iyad ditangkap di Shuhada Street ketika beliau sedang membuat liputan perarakan solidariti Gaza, di mana beliau telah diserang, digari dan kemudiannya dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Manakala di Bethlehem pula, lebih 20 penduduk Palestin tercedera. Tentera Zionis menceroboh masuk ke kem pelarian Aida di utara Bethelehem dan menembak gas pemedih mata serta peluru getah ke arah peserta demonstrasi. Pertempuran berlarutan sehingga dua jam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts