Qardhawi menyeru Umat Islam Komited Bantu Palestin

qaradawiSyeikh Dr. Yusuf Al Qardhawi, Ketua Pertubuhan Ulama Islam Antarabangsa, meminta umat Islam untuk bertindak membantu penduduk Palestin yang terancam oleh serangan Israel. “Kita pertahankan gerakan mempertahankan Islam, Hamas,” kata Qardhawi ketika menyampaikan pidatonya di Masjid di Kota Doha, Qatar.

Qardhawi mengatakan bahawa Hamas tidak bersalah, ketika berakhir masa gencatan senjata, Israel terus menerus menyerang Jalur Gaza.

Qardhawi menjelaskan, Hamas mengakhiri masa gencatan senjata disebabkan kerana suasana, bahawa Hamas tidak ingin gencatan senjata bernilai kosong.

“Apakah gencatan senjata bererti saya serahkan tangan saya kepada Anda, sementara Anda terus membunuhi dan membiarkan Hamas mati kelaparan disebabkan oleh sekatan. Apa erti gencatan senjata seperti ini?” kata Qardhawi.

Beliau juga menjelaskan sekatan yang sama-sama kita saksikan mengharamkan bagi orang-orang Palestin untuk mengadakan mempertahankan diri mereka dan memenuhi keperluan hidup. Sekatan seperti itu sesungguhnya bagi orang Palestin, mereka tidak mendapatkan bekalan air minum yang secukupnya, tidak ada bahan bakar, makanan, ubat-ubatan, tidak ada wang. Lantas, lantas apa yang boleh dilakukan dalam keadaan seperti ini?

Qardhawi mengatakan sesungguhnya pintu persempadanan di tangan mereka, mereka tutup menurut kehendaknya dan dibuka menurut keinginannya, bagaimana mungkin bersabar dalam keadaan seperti ini?

“Yang aneh pintu sempanan itu ada di tangan kita, kita sebagai orang Arab muslim menutupnya terhadap kawan-kawan kita, sementara mereka perlu bantuan bangi meneruskan hidupnya, bagaimana hal ini boleh terjadi?”

Selanjutnya Qardhawi menjelaskan, sesungguhnya bagi umat Islam wajib untuk bersatu di depan musuh dan agresif Israel. Kewajiban pertama adalah bagi penduduk negeri ini, dia adalah orang-orang Palestin, berikutnya orang-orang dekat dengan Palestin dan seterusnya mencakup seluruh dunia Islam secara menyeluruh untuk berjihad melawan  Israel.

Qardhawi mengikuti perkembangan Palestin setiap saat mengatakan sesungguhnya penduduk Palestin tidak mampu untuk menghadapi agresif Israel dengan kemampuan senjata nuklearnya, dan kemampuan angkatan bersenjatanya yang dimodali Amerika. Orang-orang Palestin tidak mampu menghadapinya sendiri, kerana itu semua umat Islam harus bersatu bersama mereka, apa pun bentuknya yang diberikan, baik ketenteraan, senjata, atau harta, serta seluruh kemampuan yang ada.

Sesungguhnya umat Islam umat harus tetap mempunyai solidariti dengan saudaranya dalam semua hal, baik dalam suka dan duka, dan keadaan perang ataupun dalam damai.

Sesama muslim bersaudara, tidak boleh saling menghina dan menganiaya. Sesama muslim wajib membantu sesama muslim terhadap muslim lainnya, ia adalah ibarat satu jasad. Dalam Islam tidak dibenarkan hidup sendiri dan kamu tinggalkan saudaramu. Qardhawi menambahkan telah ditulis dalam fikih Islam, apabila tertawan wanita Muslimah di timur, kewajiban kita untuk membantunya dan melepaskan belenggunya sekalipun umat Islam itu ada di belahan barat penduduk di belahan bumi ini.

Qardhawi mengimbau umat Islam untuk menanamkan di lubuk hatinya yang dalam untuk ikut serta dalam masalah Jalur Gaza, itu menunjukkan bahawa umat Islam itu masih hidup, wujud nyata, mereka semuanya siap berjuang dengan jiwa, harta untuk membantu perjuangan saudara-saudaranya.

Para peserta Festival Qatar yang hadir berjumlah mencapai 15000 orang telah mengirimkan surat solidariti atas nama penduduk Qatar, mereka semua memastikan bahawa mereka bersama saudara-saudara mereka penduduk Gaza. Mereka memberikan apa pun yang mereka miliki, sehingga penduduk Gaza memperoleh hak-haknya, dan mereka mendapatkan kekuatan untuk melawan senjata Zionis yang telah membunuh tanpa membezakan orangtua, anak-anak kecil,  para petugas sukarelawan dan para tentera. (htb/hidayatullah/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts