KOTA BAITULMAQDIS, 9 Ogos 2020 — Seramai 60 pendatang Yahudi bersama para rabai dan pegawai perisikan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam beberapa gerombolan berbeza pagi tadi.
Mereka diiring dan dikawal oleh pasukan polis Zionis, berarak di atas tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud berdekatan dewan solat Bab al-Rahmah.
Terdahulu, polis Zionis mengisyihar kawasan timur Masjid al-Aqsa berdekatan Bab al-Rahmah sebagai zon larangan, di mana para jemaah dilarang mendekatinya.
(Palinfo)