Rabai pelampau Yehuda Glick ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 26 Ogos 2019 — Rabai pelampau yang juga Ahli Parlimen Zionis, Yehuda Glick, memimpin puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dengan diiring oleh pasukan polis, pagi tadi.

Seperti lazimnya mereka diiring berarak secara provokasi di tapak suci umat Islam itu.

Polis Zionis mengiring pendatang dan pelancong Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pada setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu. Mereka masuk melalui Pintu al-Maghareba, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis sejak tahun 1967, dalam dua sesi setiap hari sebelum berundur melalui Pintu al-Silsila. Sepanjang mereka berada di situ, polis Zionis akan menghalang penduduk Palestin di pintu-pintu masuk masjid.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts