Rabai pelampau Yehuda Glick pimpin pendatang Yahudi lakukan ritual di Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 25 Ogos 2020 — Rabai pelampau Yehuda Glick pagi tadi memimpin gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di atas tapak suci umat Islam itu.

Seramai 90 pendatang Yahudi diiring menceroboh masuk dan berarak di perkarangan masjid oleh pasukan polis Zionis. Pada masa yang sama polis menyekat kemasukan para jemaah, memaksa mereka menunggu di luar kawasan masjid.

Glick yang berasal dan berpindah dari Amerika pada tahun 1974 merupakan Presiden Shalom Jerusalem Foundation yang memacu kempen menuntut kebebasan Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa. Beliau juga memimpin pertubuhan HaLiba, sebuah pakatan yang menuntut hak dan kebebasan sepenuhnya bagi Yahudi ke atas tapak suci itu.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts