Rabai Yahudi lakukan ritual di Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 13 Julai 2020 — Polis penjajah Zionis mengiringi puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Rabai pelampau Yehuda Glick turut bersama para penceroboh melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Maghareba, sebelum masuk berarak di atas tapak suci umat Islam itu.

Semalam, 40 rabai yang dipimpin oleh ketua insitut kuil Yahudi, rabai Yisrael Ariel, turut menceroboh masuk al-Aqsa.

Sebelum ini, sekitar 58 rabai dari beberapa negara telah menandatangani satu ketetapan mendesak supaya penganut Yahudi dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa, yang mereka dakwa sebagai sebuah kuil Yahudi.

Sebuah kumpulan yang digelar “Pelajar Kuil Yahudi” melancarkan kempen mengumpul dana bagi mendukung aktiviti Yahudisasi dan pencerobohan harian ke atas Masjid al-Aqsa.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts