Rabbi Ovadia – Rakyat Palestin Harus Dihapuskan

Menjelang sesi rundingan damai antara pihak Zionis Israel dengan pemimpin Otoriti Palestin di Washington pada 2hb September, ketua agama Shas, Rabbi Ovadia Yosef menggelar bangsa Palesin sebagai musuh ketat kepada Israel dan harus dihapuskan dari atas mukabumi ini.

Shas, sebuah parti keagamaan Sephardic yang ditubuhkan pada tahun 1984, dikenali sebagai sebuah gerakanvmenjaga kepentingan dan penyatuan golongan Sephardic, iaitu golongan Yahudi keturunan Timur Tengah, dan Yahudi Ashkenazis, iaitu keturunan Eropah. Dalam pilihanraya Israel pada tahun 2006, Shas telah memenangi 12 kerusi dan menjadi sebahagian daripada gabungan parti Kadima yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Ehud Olmert.

Akhbar Hareetz memetik Rabbi Ovadia Yosef sebagai menolak usaha rundingan damai dengan pihak Palestin dan menghasut supaya pemimpin Otoriti Palestin Mahmoud Abbas dihapuskan daripada dunia ini. “Abu Mazen dan semua mereka yang jahat ini perlu dihapuskan daripada dunia ini”, sebut Rabbi Ovadia dalam khutbah mingguan di sebuah sinagog berdekatan rumahnya di Bailtulmaqdis. “Tuhan harus serang mereka dengan sejenis wabak penyakit, mereka dan seluruh rakyat Palestin”, kata Rabbi Ovadia sebagaimana dilaporkan oleh Hareetz.

Rabbi Ovadia sebelum ini telah beberapa kali menyampaikan khutbah yang mencetus kontroversi. Pada tahun 2001, pemimpin ultra-ortodoks ini juga menyeru supaya semua kaum Arab dihapuskan. “Adalah terlarang untuk menunjukkan sebarang belas kasihan kepada mereka. Anda mesti melancarkan misil ke atas mereka, dan membunuh semua mereka. Mereka adalah golongan jahat dan hina”, hasut Rabbi Ovadia.

Pemimpin Otoriti Palestin menyelar kenyataan Rabbi Ovadia sebagai menghasut dan berbau perkauman.

Menteri Luar negara haram Israel, Eli Yishai yang juga mewakili Shas, awal minggu ini menyatakan bantahan terhadap rundingan damai kerana usaha perluasan penempatan haram di Tebing Barat mungkin akan terus dibekukan. Yishai mencadangkan supaya Israel meneruskan pembinaan di blok-blok penempatan utama dan strategik, yang mungkin akan menjadi sebahagian daripada kerangka kepada persetujuan damai. Menurut beliau, pembekuan harus dikuat-kuasakan di kawasan yang kurang penting dan jauh dari kepentingan mereka. (mn/Hareetz)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts