Ra’ed Salah: Rejim Zionis rancang musnahkan Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 10 Ogos 2020 — Pemimpin Pergerakan Islam dalam Wilayah Palestin 1948, Sheikh Raed Salah, memberi amaran tentang rancangan rejim Zionis untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa.

Sheikh Ra’ed, yang sedang menjalani hukuman tahanan dalam rumah, menyatakan hal tersebut dalam satu seminar anjuran Jerusalem Commission of the Ankara Civil Society Platform (ACSP) di Turki, melalui laman Youtube semalam.

“Rejim Zionis ingin meroboh Masjid al-Aqsa, oleh itu penjajahan mereka yang berterusan di bumi Palestin memberi petanda bahaya yang bakal menimpa masjid,” kata beliau.

Rancangan rejim Zionis bermula dengan rampasan kota suci pada tahun 1967, disusuli dengan penghancuran kawasan Mughrabi bersebelahan kompleks al-Aqsa hanya beberapa selepas itu.

Seterusnya mereka membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1969.

Sejak itu, rancangan jahat mereka berterusan tanpa henti. Kini pendatang Yahudi terus-menerus menceroboh Masjid al-Aqsa serta melakukan ritual Talmud secara terbuka di situ. Walaupun bercakaran sesama mereka, semua parti-parti politik Zionis bersetuju dengan tindakan yang dilakukan ke atas Masjid al-Aqsa.

Sheikh Ra’ed menggariskan bawah satu-satunya jalan untuk mengekang bahaya ke atas Masjid al-Aqsa adalah dengan menamatkan penjajahan rejim Zionis.

Sheikh Ra’ed bakal menjalani hukuman penjara selama 28 bulan mulai 16 Ogos. Beliau dibebaskan Julai lalu dan dikenakan tahanan dalam rumah dengan berbagai syarat, termasuk larangan berkomunikasi dengan penduduk awam.

(Anadolu, Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts