Raed Salah: Tidak ada konsensi, tawar-menawar, mahupun tanah alternatif

LONDON, 2 Apr 2017 (MEMO) — Pemimpin Pergerakan Islam Wilayah Palestin 1948, Sheikh Raed Salah, dalam khutbah Jumaat beliau di Um al-Hiran di Gurun Naqab menegaskan bahawa warga Palestin tidak akan sekali-kali menerima sebarang “konsesi atau tawar-menawar” ke atas tanah mereka.

Perkampungan Um al-Hiran menjadi sasaran dirobohkan oleh rejim Zionis yang ingin membina penempatan haram Yahudi di situ.

“Um al-Hiran adalah tanah kami, kita memiliki akar-umbi, sejarah, rumah dan kenangan di atas tanah ini,” kata beliau di hadapan ratusan penduduk Palestin yang mengerjakan solat Jumaat di situ. “Nenek moyang kita tinggal di sini, ayah ibu kita tinggal dini, dan kita juga tinggal di sini, dan anak cucu kita akan tinggal dan tetap di sini, InshaAllah.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts