Rakaman Video Gilad Shalit: Brigade Al-Qassam Menjaga Saya Dengan Baik

Pada hari Jumaat lepas (2 Okt), Israel telah menerima sebuah rakaman video yang memaparkan seorang askar Israel yang ditahan oleh pejuang Islam Palestin Hamas selama tiga tahun, laporan dari pejabat pentadbiran Israel.

Penyerahan video ini sebagai sebahagian dari persetujuan atas pembebasan 19 tahanan wanita Palestin oleh Israel dalam penjanjian pertukaran tahanan, seperti dilaporkan televisyen Reuters dari perbatasan Tebing Barat.

Video yang menunjukkan bahawa tentera Israel Gilad Shalit masih hidup ini telah disiarkan di televisyen Israel pada hari Jumaat kelmarin.

Shalit (23 tahun) kelihatan kurus, bercukur rapi dan bersih dilihat sedang membaca surat khabar, kadang-kadang tersenyum atau menahan senyum, ketika beliau duduk di kerusi berhadapan dengan sebuah dinding putih.

“Saya ingin mengirimkan salam untuk keluarga saya dan memberitahu mereka bahawa saya mengasihi mereka dan merindukan mereka dan merindukan hari di mana saya akan melihat mereka lagi,” kata Shalit, dengan rambutnya dipotong pendek sambil memegang salinan surat khabar Gaza bertarikh 14 September 2009.

“Saya berharap bahawa pemerintah yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu tidak akan mensia-siakan kesempatan saat ini untuk tercapainya sebuah kesepakatan,” katanya, merujuk pada perdana menteri Israel.

“Saya berada dalam keadaan baik dan para mujahidin Brigade Al-Qassam memperlakukan saya sangat baik,” katanya, merujuk pada sayap bersenjata gerakan Islam Palestin Hamas di Gaza.

“Saya sudah menunggu lama untuk mendapatkan hari saya dibebaskan.”

Pada akhir rakaman, Shalit bangkit dan berjalan menuju kamera untuk menggambarkan bahawa dirinya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pertukaran tawanan adalah langkah yang paling positif dalam tiga tahun dalam usaha Israel untuk membebaskan Shalit, yang ditangkap pada Jun 2006 yang lalu.

Usaha yang turut dimainkan oleh Jerman dan Mesir sebagai orang tengah dalam pertukaran tahanan tersebut, mampu menjadi langkah positif ke arah menuju kesepakatan yang lebih luas untuk pembebasan, sebagai imbalan pembebasan ratusan tahanan Hamas.

Israel menahan lebih dari 11,000 tawanan Palestin. Hamas telah menjalankan perundingan untuk membebaskan ratusan anggotanya dengan pertukaran pembebasan Shalit.(fq/aby)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts