Rakyat Gaza Berhadapan Dengan Bencana Kesihatan

ubatGAZA, 5 Julai 2014 (Al-Resalah) — Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan krisis kekurangan ubat-ubatan di Gaza, di mana bekalan semua jenis ubat dilaporkan berada di tahap kritikal.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Ashraf al-Qedra, menyebut banyak jenis ubat-ubatan asas dan perkakas perubatan kini kehabisan bekalan. Beliau turut memberi amaran bahawa sikap tidak peduli kerajaan perpaduan Palestin ke atas Gaza akan menyebabkan berlaku bencana di Gaza.

Pada masa yang sama, krisis bekalan minyak yang berterusan memberi kesan besar ke atas hospital dan perkhidmatan kesihatan. Lebih 50% perkhidmatan ambulan terpaksa dihentikan kerana ketiadaan bekalan minyak.

Gaza disekat dari dunia luar oleh rejim Zionis sejak tahun 2006, menyebabkan masalah sosio-ekonomi yang meruncing di mana kadar kemiskinan dan pengangguran meningkat tinggi. Rejim as-Sisi di Mesir mengeruhkan lagi keadaan dengan memusnahkan saluran torowong bawah tanah yang menjadi talian hayat bagi rakyat Gaza mendapatkan keperluan asas mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts