Ramai Penduduk Nablus Cedera Diserang Dan Ditangkap

NABLUS, 3 Okt 2015 (Maan) — Tentera Zionis menceroboh masuk dan menyerang kejiranan di kawasan Nablus di Tabing Barat awal pagi ini, dalam usaha mereka mencari penembak yang membunuh sepasang suami-isteri pendatang Yahudi Khamis lalu.

Tentera menggeledah rumah dan menahan lapan orang serta mencederakan penduduk dengan tembakan peluru hidup apabila pertempuran meletus sejurus pasukan yang lengkap dengan senjata berata itu menceroboh masuk.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa 10 orang tercedera akibat tembakan peluru di bahagian kaki atau perut dan empat lagi cedera dipukul.

Lebih 40 buah kenderaan tentera dan pasukan perisik Zionis menyerang kejiranan ad-Daheya di Nablus. Tujuh orang penduduk ditahan iaitu Abdul-Karim Mena, Rasim Hattab, Raghib Eliwi, Zahi Kousa, Samir Kousa, Abdullah Kosa dan Bassam Abu Ghazalah.

Seorang penduduk, Nazmi Hattab tercedera parah apabila ditembak di bahagian dada. Semua mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital Rafidya, manakala mereka mengalami sesak nafas dirawat di tempat kejadian.

Di kem pelarian Askar pula, tentera Zionis menggeledah rumah milik Noud ad-Din Abu Hashya yang disyaki terlibat dalam insiden menembak pendatang Yahudi tersebut, yang merupakan seorang komandan tentera bersama isterinya. Tentera juga menyerahkan waran bagi merobohkan rumah tersebut pada hari Khamis depan. Kem ini menempatkan seramai 16,000 pelarian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts