AL-KHALIL, 9 Ogos 2017 — Ratusan orang pendatang Yahudi yang berasal dari Perancis mengadakan perarakan solidariti menuju ke rumah keluarga Abu Rajab di Kota Lama al-Khalil, yang telah dirampas oleh gerombolan pendatang Yahudi dua minggu lalu.

Mereka berarak dari sebuah pos penempatan haram di Jalan al-Shuhada dan juga kejirnaan Tel Rumeida, menuju ke bangunan rumah tersebut dengan mengibar bendera Zionis.

Perarakan tersebut menjadi isyarat “mengesahkan hak” mereka ke atas bangunan milik keluarga Abu Rajab, walaupun pihak pentadbiran Zionis sendiri memutuskan bahawa pembelian hartanah itu oleh pendatang Yahudi adalah tidak sah.

(Maan)

SHARE