AL-KHALIL, 9 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis mengiringi ratusan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Jabal al-Khalil menyerbu sebuah tapak bersejarah di kawasan Bab al-Zawiya di pinggir kota al-Khalil.

Mereka berarak di sepanjang Jalan Beersheba, di mana terletaknya sebuah makam purba yang didakwa sebagai tempat bersemayam seorang nabi Yahudi.

Tentera Zionis memaksa semua peniaga Palestin menutup kedai mereka, dan tentera dikerah berkawal di atas bumbung bangunan.

Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata, sehingga pihak tentera mengisytihar kawasan di antara Bab al-Zawiya dan Jalan Beersheba sebagai zon larangan tentera.

SHARE