Rejim akan bina 770 rumah penempatan haram di Beit Lahm

BEIT LAHM, 7 Apr 2019 — Majlis Perancangan Penempatan Zionis serta pihak perbandaran semalam meluluskan rancangan membina 770 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Beitar Illit, barat Beit Lahm.

Beitar Illit dibina di atas tanah penduduk Palestin dari perkampungan Husan, Nahhalin dan Wad Fukin di barat Beit Lahm.

Kelulusan tersebut dibuat hanya tiga hari selepas meluluskan pembinaan 70 buah rumah di kawasan penempatan haram Maksad di tenggara Beit Lahm.

Baru-baru ini, rejim Zionis meluluskan rancangan membina lebih 4,500 rumah baharu untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts