Rejim Syria halang mayat dikeluarkan dari runtuhan bangunan di Yarmouk

YARMOUK, 6 Jan 2019 — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) menyelar rejim Syria yang menghalang penduduk mengeluarkan mayat-mayat yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kem pelarian Yarmouk.

Menurut AGPS lebih 80 mayat mangsa serangan, termasuk penduduk awam dan militan ISIS yang berlindung di kem tersebut, dibiarkan di bawah runtuhan rumah-rumah awam yang diserang oleh tentera rejim.

Pasukan keselamatan rejim menghalang petugas Bulan Sabit Merah Palestin yang cuba memasuki kawasan untuk mengeluarkan mayat-mayat, atas alasan mayat-mayat terbabit tidak mempunyai pengenalan diri dan tidak ada ahli keluarga mereka yang hadir bersama ke situ.

Keadaan di kem Yarmouk menjadi semakin tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini, selepas tersebarnya foto dan video menunjukkan pasukan militan pro-rejim mencuri harta awam, memecah masuk dan mencuri barangan penduduk.

Rejim Syria dan tentera Rusia melancarkan serangan pada bulan April 2018, sekaligus menguasai Kem Yarmouk dan kawasan selatan Damaskus yang sebelum ini dikawal oleh pasukan ISIS.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts