Rejim Syria paksa keluarga tahanan Palestin tandatangan sijil kematian palsu

LONDON, 3 Mei 2017 (MEMO) — Sebilangan ahli keluarga pelarian Palestin yang meninggal akibat didera dalam penjara rejim Syria melaporkan kepada Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria bahawa agensi keselamatan Syria telah memaksa mereka menandatangani sijil kematian palsu yang dikeluarkan oleh Hospital Tentera Tishreen dengan mendakwa mangsa meninggal akibat serangan sakit jantung.

Isteri kepada salah seorang mangsa memberitahu badan tersebut bahawa setelah begitu lama menderita dan berusaha untuk mengetahui nasib suaminya yang dipenjara oleh rejim Syria, beliau mendapat sekeping sijil kematian yang mendakwa suaminya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Beliau diarahkan supaya tidak lagi menyoal lanjut tentang suaminya.

Namun selepas mendapat sijil tersebut, beliau telah dimaklumkan oleh seorang bekas tahanan bahawa suaminya masih hidup.

Sebilangan keluarga mangsa mendakwa dimaklumkan oleh bekas-bekas tahanan bahawa ahli keluarga mereka masih hidup selepas tarikh menerima sijil kematian seperti itu, samada dalam penjara rejim atau penjara tentera Sendaya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts