Rejim Zionis akan bina 980 rumah baharu penempatan haram di Tebing Barat

BEIT LAHM, 14 Sep 2020 — Rejim Zionis hari ini meluluskan rancangan membina 980 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Efrat di selatan Beit Lahm, Tebing Barat.

Untuk tujuan tersebut, mereka akan merampas tanah pertanian penduduk Palestin di sekitarnya. Keputusan rejim penjajah ini merupakan sebahagian daripada langkah pengilhakan wilayah Tebing Barat yang dilaksanakan secara berperingkat walaupun mendapat kecaman dunia.

Sekitar 600,000 pendatang Yahudi merempat di kawasan penempatan haram di Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis.

(WAFA, Palestine Chronicle)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts