BAITULMAQDIS, 31 Julai 2018 — Rejim penjajah Zionis memperuntukkan dana berjumlah 4.5juta Shekel bagi membuka sebuah pusat warisan Yahudi Yaman di bandar Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada langkah-langah sistematik Yahudisasi ke atas bandar Silwan. Majlis pembukaan rasmi akan diadakan esok (Rabu).

Pada bulan Ogos 2017, rejim Zionis telah membuka sebuah sinagog Yahudi di kawasan Batn al-Hawa di Silwan, di mana majlis pembukaannya telah dihadiri oleh menteri-menteri Zionis dan wakil-wakil penempatan haram Yahudi.

Ia dibina di atas tanah seluas lebih setengah hektar milik keluarga Abu Nab, yang didakwa pernah digunakan sebagai sinagog oleh pelarian Yahudi dari Yaman pada tahun 1881. Keluarga Abu Nab dipaksa keluar meninggalkan bangunan tersebut sejak tahun 2004.

(PIC)

SHARE