GURUN NAQAB, 3 Apr 2019 — Rejim Zionis semalam mengumumkan “rancangan pembangunan” bagi tujuan memaksa 65,000 penduduk Badwi keluar meninggalkan perkampungan-perkampungan mereka di Gurun Naqab.

Rancangan bernilai $US2.5 bilion itu dibentangkan bagi “mengawal selia” kira-kira 125,000 penduduk Badwi di Gurun Naqab, yang masih tinggal di perkampungan yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim.

Ia menggariskan sempadan baharu kawasan bandar sedai ada, bagi “menghalalkan” puluhan ribu rumah masyarakat Badwi. Bagaimanapun, sekitar 65,000 lagi penduduk dalam akan “dipindahkan” ke kawasan bandar tersebut dengan tawaran lot-lot tanah dan pampasan.

(MEMO)

SHARE