ASHDOD, 5 Sep 2018 — Rejim Zionis akan menjual empat buah bot Freedom Flotilla yang dirampas ketika belayar dari Eropah menuju ke Gaza bulan lalu, dan menyalurkan hasil jualan kepada dua keluarga pendatang Yahudi.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Pusat Zionis setelah menerima permohonan daripada dua keluarga terbabit dan mendengar pandangan pegawai kanan tentera laut dan pihak perisikan.

Salah satu keluarga terbabit, iaitu keluarga Gavish, mendakwa tiga ahli keluarganya telah terbunuh dalam serangan pada tahun 2002 ketika mereka tinggal dalam sebuah rumah di kawasan penempatan haram Elon Moreh di utara Tebing Barat.

Manakala keluarga Feinstein pula mendakwa seornag ahli keluarganya dibunuh dalam serangan di Baitulmaqdis pada tahun 2001.

Mereka mendakwa serangan-serangan tersebut terkait langsung dengan Hamas, dan bot-bot tersebut akan diserahkan kepada Hamas sekiranya berjaya tiba ke Gaza.

Bot-bot tersebut kini ditahan di pelabuhan Ashdod.

(MEMO)

SHARE