Rejim Zionis akan luluskan 2,000 rumah haram Yahudi di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 14 Dis 2018 — Peguam Negara Zionis, Avichai Mandelblit, dengan kerjasama Menteri Kehakiman, Ayelet Shaked, telah membenarkan satu helah perundangan yang membolehkan kelulusan undang-undang bagi sekitar 2,000 rumah Yahudi yang dibina secara haram di wilayah Tebing Barat.

Kebenaran tersebut menyusul pengumuman Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang menggariskan langkah-langkah bagi membantu aktiviti penempatan haram di Tebing Barat.

Rumah-rumah terbabit dibina tanpa kebenaran di atas tanah-tanah milik penduduk Palestin.

Hampir 700,000 Yahudi tinggal di lebih 425 pos penempatan haram, melibatkan 46% daripada jumlah keluasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts