AL-QUDS, 13 Nov 2017 — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds merancang untuk memusnahkan enam bangunan apartmen di kejiranan Kafr Aqab yang terletak di sebalik Tembok Pemisah di utara kota al-Quds, dengan alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Tentera Zionis akan memusnah bangunan-bangunan di kawasan berpenduduk padat itu, sebahagiannya setinggi tujuh tingkat, dengan menggunakan bahan letupan. Penduduk bimbang tindakan tersebut akan memusnahkan sebuah bangunan masjid yang terletak bersebelahan.

Tindakan ini bertepatan dengan rancangan untuk membina 10,000 rumah penempatan haram Yahudi di kawasan lapangan terbang besebelahan kejiranan Kafr Aqab, sekaligus meningkatkan bilangan penduduk Yahudi dan mengurangkan penduduk asal Palestin di wilayah al-Quds Timur.

(Sumber: PIC, DoP)

SHARE