BAITULMAQDIS, 15 Jan 2019 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis pagi tadi menyerahkan notis perobohan 10 buah bangunan kediaman penduduk Palestin di bandar Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Pasukan polis Zionis mengiring pekerja-pekerja perbandaran menyerbu kawasan kejiranan al-Bustan untuk mengedar notis arahan tersebut.

Salah satu daripada bangunan terbabit adalah milik keluarga Abu Diab, yang didakwa dibina tanpa kebenaran.

Rejim Zionis merancang untuk menghalau semua 1,600 penduduk Palestin di al-Bustan bagi membina sebuah taman Talmud.

(PIC)

SHARE