Rejim Zionis Akan Roboh Sekolah Palestin di Al-Quds

AL-QUDS, 13 Dis 2017 — Pihak pentadbiran awam Zionis hari ini menyerbu kejiranan Badwi Palestin di Abu Nuwar di timur kota al-Quds yang terjajah, untuk menyerah arahan perobohan bangunan sekolah di situ.

Tindakan itu sangat mengejutkan penduduk kerana Mahkamah Tinggi Zionis sendiri telah memutuskan supaya sekolah tersebut tidak dirobohkan.

Bangunan dua tingkat terbabit menyediakan persekolahan untuk 26 pelajar.

Rejim Zionis ingin menghalau keluar masyarakat Badwi dari timur al-Quds bagi melengkapkan projek penempatan haram yang akan memisahkan kawasan selatan dan utara Tebing Barat, sekaligus memberi kawalan mereka ke atas wilayah al-Quds.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts