BAITULMAQDIS, 31 Dis 2018 — Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Zionis di kota Baitulmaqdis semalam mengadakan sesi perbincangan untuk membahagi Tembok al-Buraq di Masjid al-Aqsa.

Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu memutuskan untuk meneruskan cadangan menyelesaikan desakan wanita Yahudi, dan mewujudkan dua kawasan berbeza untuk ritual ratapan secara tradisi dan juga kawasan ritual yang bercampuran lelaki dan wanita.

Beliau mengeluarkan arahan mempercepat pembangunan tersebut walaupun tidak dipersetujui oleh penasihat undang-undang Avihai Mandelblit.

(PIC)

SHARE