Rejim Zionis akan tutup lintasan Tebing Barat dan Gaza selama seminggu

BAITULMAQDIS, 18 Apr 2019 — Rejim Zionis akan menutup semua pintu lintasan Tebing Barat dan Gaza selama seminggu bermula tengah malam Jumaat, 19 April, atas alasan utuk menyambut perayaan Paskah Yahudi.

Semua lintasan dan sekatan jalan akan ditutup sehingga 27 April, di mana hanya kes kemanusiaan dan kecemasan perubatan yang mendapat kelulusan tentera akan dibenarkan melintas tempat-tempat kawalan.

Tentera Zionis juga akan mengekang pergerakan penduduk Palestin dengan memasang banyak sekatan-sekatan jalan sementara di laluan menuju ke Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Rejim Zionis akan sekali lagi menutup Tebing Barat dan Gaza dari 7 hingga 9 Mei akan datang bagi menyambut ulang tahun penubuhan negara haram mereka, iaitu hari Nakba Palestin.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts