Rejim Zionis akan ubah undang-undang untuk mengawal kota al-Quds sepenuhnya

BAITUL MAQDIS, 16 Jun 2017 (PIC) — Parti ortodoks Zionis, HaBayit HaYehudi (Jewish Home), mencadangkan pindaan kepada Undang-Undang Asas Israel tentang kota al-Quds untuk memastikan kota suci Islam itu tidak akan dipecahkan dan terus kekal di bawah kuasa mereka.

Pemimpinnya, Naftali Bennett, berusaha untuk mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 daripada 120 Ahli Parlimen, bagi memastikan pindaan tersebut terlaksana. Undian akan dibuat dua minggu lagi.

Rejim Zionis menduduki bahagian barat kota al-Quds pada tahun 1948 dan menjajah bahagian timurnya pada tahun 1967.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts