Rejim Zionis Ancam Roboh Dua Lagi Sekolah Palestin

AL-QUDS, 16 Nov 2017 — Dua buah lagi sekolah masyarakat Badwi Palestin di Tebing Barat akan diroboh oleh rejim Zionis.

Menurut kenyataan Norwegian Refugee Council’s (NRC) semalam, sebuah mahkamah Zionis telah mengeluarkan arahan supaya pelajar di salah sebuah sekolah terbabit tidak hadir ke sekolah.

Sekolah-sekolah di Wadi as-Seeq dan al-Muntar dibina hasil sumbangan dana dari kerajaan-kerajaan Eropah pada tahun lalu.

Perbicaraan mahkamah akan dilangsungkan pada 20 November dan 10 Disember, yang mungkin berkesudahan dengan rampasan atau perobohan dua sekolah terbabit.

Seramai 100 kanak-kanak belajar di dua sekolah tersebut.

Awal tahun ini, rejim Zionis telah memusnahkan tiga buah sekolah di Tebing Barat, beberapa hari sebelum sesi baharu persekolahan bermula. Lebih 60 buah sekolah di Tebing Barat kini diancam roboh.

 

(Sumber: WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts