Rejim Zionis ancam usir 40 penduduk keluar dari Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 18 Nov 2018 — Mahkamah Tinggi Zionis menolak rayuan keluarga Palestin supaya tidak mengusir mereka keluar dari kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis.

Mahkamah tersebut juga enggan membicarakan kes pemilikan rumah-rumah asal mereka yang ditinggalkan di Jaffa sebelum berpindah ke Sheikh Jarrah.

Keputusan tersebut akan memaksa 40 ahli keluarga Mohammad Sabag termasuk 30 kanak-kanak, meninggalkan Sheikh Jarrah dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Keputusan mahkamah itu juga menjadi tauladan kehakiman yang akan menyebabkan ramai lagi keluarga-keluarga lain diusir.

Seramai 3,000 penduduk Palestin tinggal di Sheikh Jarrah. Kejiranan ini telah diisytiharkan sebagai sebahagian daripada “Koridor E1 Jerusalem”, iaitu kawasan penempatahan khusus untuk pendatang Yahudi.

Syarikat Yahudi, Nahalat Shimon, telah berbelanja jutaan dolar bagi kos perundangan untuk menghalau keluarga Sabag keluar.

Keluarga Sabag tinggal di Sheikh Jarrah sejak tahun 1956, apabila mereka berpindah dari Jaffa. Mereka diarah meninggalkan Sheikh Jarrah sejak tahun 2008. Sungguhpun dua buah rumah asal mereka di Jaffa masih wujud, rejim Zionis menyerahkan semula harta tersebut dan beberapa bidang tanah milik mereka.

Pada kurun ke-19, sebuah masyarakat kecil Yahudi tinggal di Sheikh Jarrah. Sebilangan besar daripada mereka berhijrah keluar sebelum tahun 1948, apabila Baitulmaqdis Timur dikuasai oleh Jordan. Pada tahun 1956, sebanyak 28 keluarga Palestin yang menjadi pelarian dari Baitulmaqdis Barat telah menetap di Sheikh Jarrah, atas persetujuan di antara Jordan dan UNRWA.

Kebelakangan ini, sebilangan penduduk Palestin diusir keluar apabila mahkamah mengiktiraf pemilikan tanah sebelum tahun 1948 yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Pendatang Yahudi dibenarkan memgambil alih rumah-rumah mereka serta-merta.

Mereka menggelar tanah ini sebagai “harta ideologi” – merujuk kepada hakikat bahawa harta tersebut dirampas daripada penduduk Palestin, dan Yahudi yang membeli rumah di situ harus mempunyai ideologi pendatang Yahudi yang menerima hakikat bahawa mereka tinggal di atas tanah yang dirampas.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts