Rejim Zionis arah roboh 7 rumah di pedalaman al-Khalil

AL-KHALIL, 23 Apr 2018 — Rejim Zionis hari ini mengeluarkan arahan meroboh tujuh buah rumah penduduk Palestin di desa Ghuwain, pedalaman selatan bandar al-Samou di wilayah al-Khalil, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Pihak Pentadbiran Awam Zionis menyerbu desa tersebut dan mengedar notis perobohan, dengan memberi tempoh selama 14 hari bagi pemilik meroboh rumah mereka sendiri. Mereka turut menghalang pemilik membuat sebarang pembinaan atau membaik pulih rumah mereka.

Sekitar 284 orang penduduk Palestin dari 23 keluarga al-Hawamdeh dan al-Dagamin tinggal di Ghuwain. Mereka dikelilingi oleh beberapa kawasan penempatan haram Yahudi.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts