AL-QUDS, 12 Sep 2017 — Rejim Zionis menarik semula keputusan untuk membebaskan murabitat Khadija Khuwais dan merujuk semula kes beliau kepada mahkamah pusat Zionis.

Ahad lalu, sebuah mahkamah Zionis memutuskan untuk membebas Khuwais dengan ikat jamin 5,000 shekel pada hari ini, tanpa memberi kebenaran kepada Peguan Negara Zionis membuat rayuan.

Khadija yang juga seorang guru al-Quran di sebuah sekolah dalam perkarangan Masjid al-Aqsa disenarai hitam dalam kalangan muslimah al-Quds yang dihalang memasuki tapak suci umat Islam itu.

SHARE