Rejim Zionis berusaha rampas tanah Kristian di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 19 Jun 2018 — Barisan wakil Kementerian Kewangan, Pihak Berkuasa Tanah serta beberapa lagi badan Zionis dijadual bertemu dengan beberapa syarikat pembinaan yang menjual tanah-tanah penganut Kristian bagi membincang kaedah menyelasaikan krisis yang dihadapi oleh para penyewa.

Pertemuan tersebut menyusul tindakan tiga buah gereja Kristian di kota suci itu membuat permohonan kepada Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, supaya menghalang deraf undang-undang yang dilihat sebagai cuba merampas tanah mereka semalam.

Pemimpin gereja-gereja Armenia, Ortodok Greek dan Katolik juga mendakwa pihak berkuasa Zionis gagal memenuhi janji yang dibuat beberapa bulan lalu bagi menyelesaikan krisis di antara gereja-gereja tersebut.

Februari lalu, pihak perbandaran Zionis di Baitulmaqdis mula mengenakan pungutan cukai ke atas harta milik gereja, sementara parlimen Zionis mengutarakan undang-undang yang membenarkan harta gereja dirampas.

Sebagai bantahan pemimpin Kristian menutup gereja paling suci bagi umat Kristian, Holy Sepulchre.

Gereja-gereja Kristian memiliki banyak tanah di kota Baitulmaqdis, di mana sebahagian besar daripadanya dipajak untuk tempoh yang lama. Mereka bebas untuk menjual tanah-tanah tersebut kepada pihak swasta.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts