Rejim Zionis bina bongkah konkrit di laluan masuk Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 12 Feb 2019 — Pengarah Pusat Manuskrip Masjid al-Aqsa, Redwan Amr, mengeluarkan kenyataan amaran bahawa rejim Zionis mula memasang binaan bongkah-bongkah konkrit yang besar di luar Pintu al-Asbat, salah satu pintu bersejarah masjid suci itu.

Tujuan binaan konkrit-konkrit tidak jelas, namun Redwan menjangkakan ia akan digunakan untuk projek pembinaan menara kawalan polis atau stesen kereta kabel yang akan membawa pendatang Yahudi ke Pintu al-Rahmah dan Pintu al-Asbat.

Kenyataan beliau semalam mendakwa rejim Zionis telah memusnahkan kawasan tanah perkuburan al-Yousfiya sejak dua tahun lalu, untuk membina kemudahan bagi pendatang Yahudi masuk ke kawasan tersebut, sekaligus menyekat laluan penduduk Palestin.

Mereka turut mengadakan pesta-pesta Yahudi berdekatan Musolla al-Qibli, yang terletak di selatan perkarangan al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts