Rejim Zionis bina sekatan baharu di Pintu Damaskus

BAITULMAQDIS, 13 Feb 2018 — Rejim Zionis membina sekatan baharu di Pintu Damaskus, yang merupakan laluan paling popular penduduk Palestin memasuki Kota Lama Baitulmaqdis, lengkap dengan bilik interogasi binaan konkrit.

Tindakan tersebut akan menyekat aktiviti sosial serta keagamaan penduduk Palestin serta pergerakan pemuda Palestin. Dengan adanya bilik konkrit, tentera Zionis akan memerika penduduk Palestin sesuka hati mereka tanpa perhatian media.

Selain daripada mengetatkan lagi kawalan tentera Zionis ke atas Baitulmaqdis, ia juga bertujuan untuk mewujudkan suasana takut di kalangan penduduk Palestin.

(MEE)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts