Rejim Zionis buka lebuhraya Aparthied di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 10 Jan 2019 — Rejim Zionis hari ini membuka lebuhraya Aparthied yang dinamakan “Route 4370” di Baitulmaqdis, yang memisahkan laluan antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi.

Lebuhraya tersebut dibahagikan dengan tembok tinggi di tengahnya. Laluan di sebelah barat adalah untuk penduduk Palestin yang tidak dibenarkan memasuki kota Baitulmaqdis, sementara laluan di sebelah timur dikhususkan untuk pendatang Yahudi.

Ia merupakan lebuhraya Aparthied yang pertama di Tebing Barat. Namun, rejim Zionis telah membina banyak jalan-jalan lain yang memisahkan pendatang Yahudi dari penduduk Palestin di Tebing Barat.

Route 4370 dibina sejak sedekad lalu, tetapi tidak dibuka kerana pertikaian antara pasukan tentera dan polis Zionis tentang penguatkuasaan kawalan sekatan jalan.

Pengguna utama lebuhraya tersebut adalah pendatang Yahudi yang masuk ke kawasan utara kota Baitulmaqdis. Penduduk Palestin boleh melalui kawasan Tebing Barat tanpa memasuki kota suci itu.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts