BAITULMAQDIS, 6 Jan 2018 — Pihak perbandaran Zionis di Baitulmaqdis hari ini mencadangkan supaya sebahagian daripada tembok bersejarah Kota Lama dirobohkan, kononnya bagi menyelesai masalah laluan kenderaan.

Tembok tersebut dibina oleh Khalifah Uthmaniah pada kurun ke-16 bagi melindungi kota dari serangan tentera luar. Justeru pihak perbandaran mendakwa ia tidak lagi diperlukan, malah menyebabkan kesesakan laluan.

Kementerian Luar Palestin bagaimanapun melihat tindkaan tersebut sebagai satu polisi Yahudisasi ke atas kota suci.

Tembok Kota Lama Baitulamqdis dibina pada zaman pemerintahan Sultan Suleiman I dari tahun 1535 hingga 1538. Tembok sepanjang 4,018 meter itu mengelilingi Kota Lama, dengan purata ketinggian 12 meter dan ketebalan 2.5 meter.

Ia kini digunakan oleh pihak berkuasa rejim penjajah bagi memantau dan mengawal pergerakan penduduk Palestin.

Tembok Baitulmaqdis dan Kota Lama dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.

(Alray, MEMO)

SHARE