Rejim Zionis dedah projek tembok kebal di pantai Gaza

GAZA, 6 Ogos 2018 — Kementerian Perang Zionis semalam mendedahkan foto projek sekatan laut melibatkan pembinaan tembok kebal untuk menghalang pejuang-pejuang Gaza memasuki wilayah negara haram itu.

Selepas dua bulan kerja-kerja pembinaan tembok bernilai 25juta Shekel (RM28juta) itu, kementerian menerbitkan foto-foto yang menunjukkan tembok sepanjang 200 meter ke laut Mediterranean di kawasan pantai Zikim berdekatan utara Gaza.

Tembok yang berukuran 200 meter panjang, 50 meter lebar dan ketinggian sehingga enam meter di atas paras laut itu dijangka siap pada akhir tahun 2018. Ia melibatkan tiga lapisan, iaitu lapisan dasar laut yang ditindih dengan lapisan batu-batuan, dan lapisan atas air yang lengkap dengan kawat berduri. Seluruh tembok tersebut kemudian dikelilingi oleh lapisan pagar keselamatan lain.

Zon larangan kira-kira 300 meter dari tembok tersebut dikenakan di sebelah wilayah Gaza.

(Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts