Rejim Zionis Denda Jemaah Selepas Roboh Masjid

BEER SHEVA, 16 Nov 2017 — Tujuh tahun selepas memusnahkan sebuah masjid di Rahat, selatan Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, pihak berkuasa rejim Zionis mengarahkan para jemaah membayar denda sebanyak 130,000 shekel.

Mahkamah majistret Beer Sheva memutuskan bahawa pengasas dan pentadbir masjid tersebut bertanggung jawab membayar denda, selepas pertuduhan dibuat ke atas lapan orang ahli jawatankuasa masjid dan menuntut bayaran sebanyak 459,000 shekel.

Rejim Zionis mendakwa masjid tersebut dibina tanpa kebenaran di atas tanah awam oleh Pergerakan Islam Cawangan Utara, yang dipimpin oleh Sheikh Raed Salah, pada tahun 2010. Sedangkan kawasan tersebut adalah milik penduduk Palestin di situ sejak sebelum dijajah oleh rejim Zionis.

(Sumber: DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts