AL-KHALIL, 19 Feb 2018 — Rejim Zionis hari ini mengenakan semula hukuman lama ke atas bekas tahanan Safwan al-Aweiwi yang telah dibebaskan dalam perjanjian tukaran Wafa al-Ahrar pada bulan November 2011 lalu.

Safwan dihukum dua kali penjara seumur hidup dengan tambahan 25 tahun. Ketika dibebaskan, beliau telah menjalani hukuman selama sembilan tahun.

Beliau ditangkap semula pada tahun 2014 atas tuduhan mencabul syarat-syarat pembebasan, walaupun mahkamah tentera Zionis di Ofer membebaskan beliau dari tuduhan tersebut.

Beliau ditangkap semula bersama tiga adik-beradiknya dalam kempen tentera Zionis membalas dendam terhadap penculikan dan pembunuhan tiga orang pendatang Yahudi di al-Khalil pada tahun 2014.

Dalam kempen tersebut, lebih 60 bekas tahanan yang dibebaskan dalam Wafa al-Ahrar 2011 ditangkap semula.

(PIC)

SHARE